Monday, November 30, 2009

Serangan Udara Terbaru Israel: 7 Tercedera, 2 Premis Musnah

November 22, 2009

cedera22 Nov – Sekurang-kurangnya tujuh warga Palestin tercedera dalam aksi serangan udara Israel di Jalur Gaza, kata saksi kalangan warga Palestin.

Mereka berkata kepada Al-Jazeera bahawa serangan pertama menghentam bengkel logam di daerah Tufah Pekan Gaza awal pada Ahad pagi (22/11), sedangkan yang kedua menyerang sebuah kedai mekanik di Burij, ti tengah-tengah Gaza.

Tentera Israel mengesahkan serangan, dengan juru bicara mereka mengatakan bahawa mereka melancarkan serangan sebagai serangan balas terhadap sebuah roket yang dilancarkan dari Jalur Gaza pada hari hari Sabtu yang lalu.


Roket teersebut mendarat di berhampiran bandar selatan Sderot Israel, namun tidak menyebabkan kerosakan atau korban.

Rentera Israel mengatakan bahawa mereka menyasarkan dua kilang yang digunakan untuk membuat senjata, serta penyeludupan terowong di bawah tanah melalui persempadanan Mesir.

Serangan Israel berlaku hanya beberapa jam selepas Hamas mengatakan telah mencapai kesepakatan dengan kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin di Gaza, untuk berhenti menembakkan roket ke bandar-bandar Israel.

Fathi Hamad, Menteri Dalam Negeri dari Gaza kerajaan pimpinan Hamas, membuat pengumuman pada hari Sabtu lepas.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk menghalang serangan balas tersebut untuk membolehkan warga Gaza membina semula rumah mereka yang hancur akibat serangan Israel yang berlangsung selama tiga mingguketika peperangan yang dilancarkan pada akhir tahun lalu.

“Para kelompok bersenjata di Gaza telah bersetuju bahawa tidak serangan roket pada saat atau melakukan sebarang tindakan perlawanan ke atas Israel,” kata Hamad. Aljazeera/ asy

Raja Jordan Seru Kongres Amerika Yahudi Serius Terlibat Dalam Usaha Perdamaian di Palestin

18 Nov, Amman – Raja Abdullah pada Selasa (17/11) menyeru organisasi-organisasi Yahudi Amerika untuk menyokong usaha-usaha antarabangsa untuk mencapai kedamaian sebagai jaminan hak rakyat Palestin, terutamanya bagi sebuah negara merdeka.

Raja abdullah dan Permaisuri Rania bertemu wakil Kongres Amerika Yahudi di Amman pada Selasa. Gambar oleh Yousef Allan

Raja Abdullah dan Permaisuri Rania bertemu wakil Kongres Amerika Yahudi di Amman pada Selasa. Gambar oleh Yousef Allan

Raja Abdullah menyampaikan kata-katanya pada satu perjumpaan dengan satu delegasi dari Kongres Amerika Yahudi yang turut dihadiri Permaisuri Rania.

Pada perjumpaan tersebut, perbincangan-perbincangan meliputi langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi sebarang halangan dalam usaha mencapai kesepakatan perdamaian Palestin-Israel, agar usaha ini lebih berkesan dan serius untuk menyelesaikan konflik berdasarkan penyelesaian dua negera secepat mungkin.

Raja Abdullah berkata usaha menzahirkan keamanan merupakan kepentingan strategik bagi rantau ini dan dunia. Katanya membina keamanan memerlukan perhatian antarabangsa yang intensif bagi mewujudkan persekitaran yang damai dan bebas, seterusnya usaha tersebut akhirnya akan membawa kemakmuran dan pembangunan serantau.

Pada perjumpaan itu lagi, Raja Abdullah mengingatkan bahawa sebarang kegagalan dalam menjayakan usaha murni ini akan mensia-siakan peluang yang semakin hampir bagi merealisasikan satu perdamaian yang komprehensif. Kegagalan dalam proses damai nanti akan membawa lebih ketegangan dan konflik dalam rantau ini, menghalang kemanusiaan daripada hidup dengan keamanan dan hal ini tentu akan menjejaskan keseluruhan dunia. JT

Wanita Palestin Di Tangkap Kerana Enggan Membuka Pakaian Ketika Pemeriksaan Tentera Yahudi

November 18, 2009

18 Nov, Hebron – Pasukan tentera Yahudi Zionis, pada Selasa (17/11) telah menangkap seorang wanita warga Palestin dari kota Hebron, selatan Tebing Barat, setelah wanita itu menolak untuk menanggalkan pakaiannya saat pemeriksaan dijalankan di jalan Syuhada, Hebron.

Wanita_Palestin Di TangkapSumber menyebutkan, pasukan Zionis menangkap Ummu Wusam (40 tahun) yang tinggal di daerah Tel Ramidah, setelah pasukan Zionis memaksanya agar beliau menanggalkan pakaianya untuk diperiksa. Namun beliau menolak mentah-mentah permintaan askar Yahudi tersebut. Penolakan itulah yang menyebabkan beliau ditangkap pasukan Zionis.

Sumber menambah lagi, sebelumnya pasukan Zionis menangkap seorang warga Palestin, Dovasy setelah disiksa terlebih dahulu dan dibawa ke pusat tahanan polis di wilayah permukiman Zionis, Keryat 4, sebelah timur Hebron. (asy/infopalestin)

Monday, November 16, 2009

Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar & Politik Negara

Abdullah Azzam al-Qumi

Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan.



"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)

Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan.

[Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.]

Manakala dalam bulan Ramadan itu juga ada suatu peruntukan malam yang mulia. Malam itu menjadi mulia dengan sebab hadirnya malam Lailatul Qadar di mana kemuliaannya terkait langsung dengan sebab kejadian kisah turunnya al-Quran pada malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Qadar, maksudnya:

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar.

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?

[3] Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada malam itu, turun malaikat dan ruh dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbitnya fajar!"

Pada ayat pertama, disebutkan dengan jelas bahawa al-Quran itu telah diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan sudah tentulah hal ini berlaku dalam bulan Ramadan kerana jumhur ulama menyifatkan demikian.

(Sesetengah sufi besar seperti Ibnu 'Arabi lewat kitab agungnya Futuhat Makkiyyah mendakwa Lailatul Qadar juga pernah turun pada bulan Rabiul Awwal, Rabiul Akhir dan lain-lain bulan di luar Ramadan. Wallahu'alam.)

Ini kerana, ayat pertama di dalam surah al-Qadar ini ada kaitan dan kesinambungannya dengan ayat 185 al-Baqarah yang menyebutkan bahawa al-Quran itu memang diturunkan pada malam bulan Ramadan.

Nabi Musa a.s bermunajat, berpuasa menunggu turunnya Taurat

Seperti yang termaklum, hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Musa a.s itu amat erat. Seperti mana cara al-Quran diturunkan kepada umat Muhammad, maka dengan cara yang sama jugalah kejadian itu berlaku ke atas umat Musa a.s, iaitu Bani Israel.

Suatu zaman yang lalu, Nabi Musa a.s pernah bermunajat selamat 40 hari, 40 malam di atas bukit. Baginda juga berpuasa dalam tempoh turunnya 10 Rukun atau Ten Commandments itu; iaitu peristiwa seperti mana kita berpuasa untuk mengingati peristiwa turunnya al-Quran tersebut.

"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah dia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya yang zalim (terhadap diri sendiri). (maksud Al-Baqarah: 51)

Peraturan dan syariat baru (Ten Commandments) itu dirakam dalam bentuk batu bersurat, prasasti untuk Bani Israel dan menurut riwayat, Nabi Musa a.s sendiri telah memecahkan batu bersurat yang terakam di atasnya peraturan baru terhadap umatnya itu. Puncanya, baginda berang ke atas sikap umatnya yang kembali menyembah anak lembu ciptaan Samiri.

Sikap marah Nabi Musa itu turut tercurah ke atas saudaranya Nabi Harun. Allah s.w.t merakamkan kejadian tersebut.

Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: `Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrael sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!" (maksud Taha: 94)

Kejadian itu benar-benar mengecewakan Nabi Musa a.s kerana hampir keseluruhan Bani Israel telah kembali menuju jalan kesesatan, melainkan segolongan yang kecil sahaja yang masih setia berkiblatkan kepada ajaran Tauhid yang asal.

Samiri, mungkin seorang pengamal sihir telah mengambil kesan jejak langkah rasul untuk menguatkan lagi kesan sihirnya ke atas Bani Israel. Ketika Nabi Musa a.s bertanya kepada Samiri, maka penyihir itu berkata.

"Ia menjawab: "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku". (Taha: 96)

Demikianlah halnya dengan nasib umat Islam hari ini. Mereka boleh disesatkan ahli sihir, wanita penyihir yang menjadi isteri pembesar secara halus dan tersirat jika agamawan dan mufti masih setia dan selesa menjaga kedudukannya dengan mengambil sikap membisu (syaitan bisu) dan tidak membuka simpulan tali pada lidahnya dalam usaha menegur amalan sihir isteri pembesar yang boleh menyesatkan aqidah umat ini secara beransur-ansur.

Sikap Muslimin terhadap Lailatul Quran

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita mendapat dua bentuk kemuliaan dari langit. Pertamanya, Al-Quran yang turun dari langit pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan. Kedua kita mendapat arahan melakukan solat fardhu ketika Nabi Muhammad s.a.w menerimanya di langit pada malam Isra' Mikraj.

Rasulullah s.a.w pernah disoal tentang amalan apakah yang sebaik-baiknya diamalkan jika mereka bertemu Lailatul Qadar itu. Maka nabi meminta kita membaca doa, "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar..."

Oleh kerana Lailatul Qadar ini terkait dengan sejarah penurunan al-Quran, dan malaikat serta ruh pun turun mengiringi penurunan al-Quran sebagai petunjuk dan hidayah, maka selayaknya kita menghiasi malam Lailatul Qadar dengan doa yang tidak bersifat keduniaan semata-mata, seperti mohon hendak jadi kaya, mendapat projek, dan lain-lain.

Biarlah kita mohon supaya ada keberkatan (roh) pada harta kekayaan itu, iaitu kita akan pandai menggunakannya ke arah kebaikan, mengeluarkan zakat, membanyakkan sedekah dan lain-lain.

Dan jika kita mendapat projek sekali pun, ia bukanlah didapati melalui rasuah dan tidaklah kita mengalibabakan projek sehingga menyebabkan banyaknya pembinaan rumah yang terbengkalai. Atau jika mendapat projek pembelian kapal selam itu sekali pun, ia bukanlah sampai mengundang tragedi berdarah ke atas wanita Mongolia.

Syahadan, doa yang teragung adalah doa yang telah diajarkan oleh baginda tadi - "Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah wa na'uzubika min sakhatika wan nar."

Hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam ada keghairahan mencari tanda-tanda Lailatul Qadar kerana mahukan imbuhan pahala yang banyak kerana malam itu dikatakan lebih baik daripada 1,000 bulan. Juga, mereka menunggu malam itu kerana pada malam itu akan dimakbulkan segala doa dan hajat.

Malah, dengan sebab tersebarnya mitos berhubung pokok-pokok bersujud pada malam tersebut, maka ada kalangan kita yang sanggup menunggu isyarat itu agar terbentang di depan mata. Adalah terlebih afdal, masa yang digunakan untuk menunggu petanda itu digunakan untuk meneruskan amalan dan berdoa untuk kebaikan kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

Kalau kita mahu berdoa untuk mendapat imbuhan akhirat yang baik, maka hendaklah kita berdoa agar diberi sebuah dunia yang baik di mana khalifahnya adil dalam pemerintahan. Pemimpinnya banyak menyeru ke arah amal soleh dan secara tidak langsung akan menyebabkan bakal lahirnya sebuah dunia yang baik, insya Allah Ta'ala.

Monday, November 2, 2009

Tafsir Al-Fansuri (2)

Perihal kiblat

142 --- 145
Tuhan mengisahkan sikap orang yang tertentu mempertikaikan hal perubahan kiblat umat Islam ketika kiblat mereka berubah dari Baitul Maqdis kepada Mekkah. Agak menarik jika kita dilihat bagaimana Tuhan telah menamakan mereka dengan panggilan yang kasar iaitu, orang-orang yang bodoh.


Tuhan telah mengirim jawapan dan Dia tak pernah meninggalkan nabi teraba-raba dalam kegelapan mencari jawapan balas. Ini kerana, sikap tidak menjawab itu akan memperlihat kelemahan Islam itu sendiri.
Jawapan yang dikirim Tuhan adalah, Timur dan Barat itu milik Tuhan. Di mana-mana pun kita hadapkan wajah, itu bukan lagi persoalan. Ada falsafah yang tersendiri kenapa umat Islam dihadapkan ke arah kaabah itu.

Dalam kesempatan ini, al-Quran menjelaskan mengenai kedudukan istimewa kedudukan kita sebagai umat Muhammad berbanding umat-umat terdahulu. Iaitu, kita akan diangkat menjadi saksi ke atas perihal salah laku umat terdahulu di akhirat kelak. Dan, Rasulullah pula akan menjadi saksi ke atas kebenaran penyaksian kita itu. Itu keistimewaan kita.
Kembali kepada tajuk perubahan kiblat ini, al-Quran menjelaskan bahawa perubahan itu juga adalah sebagai suatu ujian untuk melihat siapakah yang benar-benar mengikuti Rasulullah dan siapa pula yang berpaling tadah.

Ini kerana, peralihan kiblat amat berat diterima kecuali bagi mereka yang diberikan petunjuk Allah dan Dia tidak akan menghilangkan bukti iman mereka berhubung hal itu.
Nabi Muhammad rindukan kaabah tempat baginda selalu bersolat, mengikuti ajaran Ibrahim, nenek moyangnya, baginda kerap bermunajat dan mengangkat wajahnya ke langit. Lalu, hal perubahan kiblat itu diperkenankan Tuhan. Sambil itu, Allah s.w.t menjelaskan bahawa hal perubahan kiblat itu memang sedia diketahui Ahli Kitab bahawa hal itu adalah perintah dari Tuhan. Tapi, mereka sengaja membangkitkan isu tersebut.

Tuhan mengingatkan bahawa jika Ahli Kitab diperjelaskan hal peralihan kiblat itu, nescaya mereka ingkar walaupun hal itu memang mereka maklum menurut kitab mereka sendiri.
Mereka tidak akan menghadapkan wajah ke arah kiblat umat Islam dan kita diminta supaya tidak mengikut kiblat mereka itu.

146 --- 152
Diriwayatkan bahawa Ahli Kitab memang mengenali Nabi Muhammad s.a.w melebihi anak mereka sendiri. Maka, setiap catitan di dalam Taurat itu sudah tentu membenarkan kerasulan Muhammad s.a.w itu termasuklah hal peralihan kiblat tadi yang sudah sedia mereka tahu.
Dan, hal yang semacam itu tidak diketahui oleh orang Arab kerana perbezaan tulisan Ibrani dalam Taurat tersebut. Orang-orang Arab yang beriman dengan Rasulullah itu mengikut saja petunjuk rasul walhal Ahli Kitab mengetahui kebenaran, tetapi mereka ingkar dan berusaha keras menyembunyikan kebenaran terhadap kerasulan dan ajaran baginda.
Bagi setiap umat itu, pada asalnya telah pun ada arah kiblat ketika mahu menyembah Tuhan. Namun, dengan peredaran zaman dan tokok-tambah ke atas ajaran Tauhid tadi, telah berubah wajah keaslian ajaran Tauhid tadi.
Maka dalam kes ini, Tuhan cuma meminta kita tidak mempedulikan kritikan penganut agama lain, sebaliknya berterusanlah berlumba-lumba membuat kebaikan dan serahkan saja hal ini kepada Allah di hari akhirat kelak.

Mengadap kiblat ini adalah lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia. Yang diinginkan Tuhan ialah semangat perpaduan antarabangsa atas nama Islam. Sebab itu, dalam masyarakat tempatan, kita digalakkan solat jemaah sebagai satu usaha mengikat tali persaudaraan itu.
Tapi, bagaimana mahu menyatukan ikatan roh antara masyarakat Muslim seluruh dunia?
Maka kiblat inilah jalan perantara perhubungan rohani sesama Muslim apabila syiar Islam ini telah berkembang ke seluruh dunia, di India, China, Alam Melayu dan lain-lainnya sebagai bukti kebersamaan

Muslimin sejagat dalam menjunjung nilai Tauhid Nabi Ibrahim.
Arahan menghadapkan wajah ke arah kiblat ini turut dikritik dan Tuhan meminta mereka itu jangan berasa lemah ketika berdepan dengan kritikan tersebut, melainkan ketakutan itu cuma diletakkan kepadaNya. Tuhan merujuk hal ini sebagai nikmat agar terbangkit rangsangan dan motivasi untuk kekal bersolat menghadapkan wajah ke kiblat walaupun mereka dicela.

Allah seolah-olah memujuk Muslimin saat dicela ekoran kritikan berhubung peralihan kiblat itu, dengan menyatakan bahawa hal perubahan kiblat itu adalah satu nikmat pemberian Allah yang setanding dengan nikmatNya mengutuskan rasul seperti Muhammad yang dibangkitkan dalam kalangan warga Arab sendiri.
Dekatnya rasul dalam kalangan bangsa Arab ini membangkitkan rasa cemburu di hati Ahli Kitab yang menyangkakan bahawa kehadiran rasul teragung ini, mungkin berlaku di dalam daerah lingkungan nasab mereka sendiri. Tetapi, rupa-rupanya hal itu tidak berlaku.

Setelah Bani Israel itu mengalami tempoh pembersihan aqidah Tauhid yang panjang dan ada kalangan mereka yang ingkar sehingga sanggup membunuh nabi-nabi mereka sendiri, maka Tuhan membangkitkan rasul terakhir dalam bangsa Arab yang masih punya pertalian dengan nasab keturunan Ibrahim dan bagindalah manusia Arab terbaik yang masih setia memegang ajaran Tauhid Ibrahim ketika orang Arab lain terbelenggu dengan amalan syirik.

Sebab itulah, kiblat di Kaabah dipilih Tuhan sebagai kiblat kerana ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s. Dan, bangsa Arab itu nasabnya sampai kepada Ibrahim melalui anak baginda, Nabi Ismail a.s.
Seperti mana kedudukan nenek moyang baginda Ibrahim yang pernah memecahkan berhala, berusaha keras membunuh amalan syirik, maka seperti itu jugalah nikmat Tuhan memberikan kepada orang Arab Muslimin terawal itu, seorang rasul yang disifatkan Tuhan sebagai:-
"..seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui."

Dengan sebab nikmat berkiblatkan kepada Kaabah dan dengan nikmat kemunculan nabi baru dalam kalangan Arab yang mengikuti ajaran Tauhid Ibrahim ini, dengan menghapus amalan kufur, syirik ini, maka Tuhan pun memperingatkan kita..
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah: 152)

Tafsir Al-Fansuri - Surah Al -Fatihah

AL - FATIHAH

Sebuah surah yang teristimewa dan tidak diberikan kepada lain melainkan umat Muhammad s.a.w. Ia adalah kunci awal, tanda pengenalan berhubung keesaan Tuhan dan sebuah lambang pengukuhan terhadap kedudukan Allah s.w.t sebagai Raja kepada sekalian juzuk dan dimensi alam yang diciptaNya.

Alam buana yang terbelah kepada beberapa ruang lapisan ini, maka Dialah Penciptanya dan segenap pelusuk, setiap inci alam ini mesti tunduk, setia kepadaNya dengan memujiNya setiap saat dan ketika.

Sebagai sebuah surah pembukaan dan pengenalan, Al-Fatihah telah menyampaikan garis-garis besar matlamat kehidupan insan di dunia. Dan, surah ini telah merangkumi semua isu dan tema utama dalam al-Qur'an itu.

Al-Fatihah memberitahu kita bahawa, antara 99 nama Allah yang mulia itu (Asma'ul Husna), hanya dua nama Tuhan yang penting diteliti, difahami dan dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh.
Iaitu nama dan sifat Tuhan - Ar-Rahman dan Ar-Rahim - yang mana kedua-duanya menggambarkan sifat kasih sayang Tuhan yang menenggelamkan sifat-sifatNya yang lain.Maka, walaupun Tuhan itu suatu Zat yang maha perkasa, maha agung sehingga boleh menimbulkan ketakutan kita terhadapNya, namun, apa yang lebih penting dan utama, dalam Al-Fatihah yang disebutkan sebagai surah awal pengenalan Tuhan ke atas hambaNya, Allah s.w.t mahu menjelaskan keadaan DiriNya yang sebenar, iaitu kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya.

Lantaran itu, dalam ayat-ayat al-Qur'an selepas ini, kita akan kerap bertemu dengan ayat yang memperihalkan taubat dan kalimat Al-Ghafur dan Ar-Rahiim itu akan sentiasa beriringan.
Ayat-ayat ini yang kerap diulang-ulang ini seolah-olah telah mengundang makna bahawa, dalam setiap keadaan, jangan pernah kita berputus asa memohon rahmatNya dan bertaubat sentiasa dan jangan penuh putus harap daripada menuntut keampunanNya.
Ini kerana, Dia adalah Zat yang maha Pengasih dan Dia selalu ingin mendengar rayuan hambaNya yang berdosa dan selalu ingin bertaubat kepadaNya.
Al-Fatihah mengirim berita perkhabaran yang merunsingkan si penzalim dan menggembirakan mereka yang teraniaya di dunia akibat kezaliman yang dihempapkan ke atas mereka.
Berita itu ialah mengenai wujudnya sebuah dunia baru, Yaum ad-Deen, hari agama, hari hukum, hari pembalasan yang membela nasib mereka yang teraniaya di dunia.

Ia adalah hari di mana, tiada ertinya segala dimensi bualan manusia seperti yang wujud di dunia ini, seperti ekonomi dan perdagangan, politik dan kenegeraan, perbincangan mengenai masalah daulah negara, persempadanan semula seperti tajuk-tajuk yang pernah dibualkan di dunia.
Ini kerana, hari pembalasan itu adalah hari di mana milik Tuhan yang berkuasa dan tiada wacana lagi yang bererti pada saat itu melainkan hukum-hukum dan pembalasan ke atas setiap amalan, baik atau jahat. Anak pinak dan kekayaan tidak membawa kesan pengertian apa-apa, melainkan mereka yang membawa pulang hari yang sejahtera!

Tuhan juga memberitahu kita bahawa Dialah tempat kiblat segala sembahan dan Dia juga tempat kiblat segala permintaan, tempat tumbuhnya segala kehendak kita dalam rangka menyelesaikan urusan seharian.
Namun begitu, Tuhan meminta kita mendahulukan sembahan terlebih dahulu, sebelum kita meminta segala hajat keperluan kita. Keperluan kita dikemudiankan selepas amalan sembahan. Tidak boleh didahului keperluan dan membelakangkan sembahan kepadaNya.

Antara kebanyakan hajat keperluan manusia yang tidak terbatas itu, apakah hajat teragung dan keperluan manusia yang paling utama itu? Doa apakah yang paling makbul dan Dia akan selalu mengambil perhatian terhadap isi permintaan doa itu?
Iaitulah doa agar ditunjukkan sebatang jalan yang lurus; siratal mustaqim. Sebatang jalan, lorong, denai Tauhid yang lurus menuju kepada keredhaanNya.
Jalan yang lurus ini memang sudah lama terbentang wujud. Tetapi, adakah kita mampu berjalan di atas jalan yang lurus pada malam yang gelap gelita tanpa pelita. Pekatnya kegelapan malam, akan menyebabkan kita akan mudah terbabas juga jika tidak dipanu cahaya.

Maka cahaya itulah petunjuk yang membantu kita dan memandu kita agar dapat berjalan dengan lebih selamat dan sejahtera. Tunjukilah kami ke arah jalan yang lurus.
Seperti yang termaklum, jalan yang lurus ini juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Ia bermula dengan nama millah Ibrahim, hanif, ajaran Tauhid sebelum dinamakan Islam saat bangunnya si murabbi ulung; Saidina Muhammad s.a.w.
Jalan lurus ini sebetulnya pernah dirintis oleh beberapa kelompok sebelum ini seperti Iblis, kaum-kaum dahulu yang pernah ingkar terhadap ajaran-ajaran nabi yang dibangkitkan dalam kalangan mereka. Al-Qur�an akan merincikan lagi setiap isi butiran lanjut mengenai mereka ini dalam bab-bab pengkhianatan, episod-episod penderhakaan seterusnya.

Kaum terdahulu yang pernah merintis jalan Tauhid ini adalah Bani Israel yang telah melakukan penderhakaan beberapa kali kerana ditipu oleh pendeta dan rabai dalam kalangan mereka.
Ekoran penderhakaan itu, maka Allah telah bertindak membenamkan mereka ke dalam bumi dan pelbagai bentuk lagi seksaan yang dikenakan ke atas mereka. Sebahagian mereka telah lenyap, hingga yang tinggal ada sebilangan kecil pengikut nabi yang masih setia dengan Tauhid itu.
Juga, antara mereka yang merintis lorong Tauhid ini, watak yang ingkar seperti Iblis yang angkuh dan sombong setelah mengenal Tuhan tapi tetap menderhaka kepada Tuhannya lalu dia isytihar bahawa dirinya disesatkan oleh Tuhannya.
Kita berlindung daripada Allah s.w.t daripada mengikuti jalan penderhakaan, simpang-siur lorong Tauhid yang penuh onak duri di kiri kanannya dan rintangan di depan atau di belakangnya.
Ameen 

6:36 a.m, 1 Ramadhan
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Sunday, November 1, 2009

Polis Yahudi Israel Menyerang Masjid Al Aqsa Lagi, Ikuti Kronogi Peristiwa Memilukan Ini

October 26, 2009
26 Okt- Masjid Al Aqsa, kiblat pertama umat Islam, tempat suci ketiga setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kini terluka dan sedang merintih. Pada Ahad pagi (25/10), lantai-lantainya dikotori oleh pijakan kasut polis Yahudi Israel. Lorong-lorongnya dinodai dengan serangan senjata gas pemedih mata dan tembakan peluru polis Yahudi Israel.
Menurut para saksi dan tokoh Islam di Masjid Al Aqsa, serangan yang dilakukan puluhan polis Israel itu termasuk dalam rancangan Tel Aviv untuk membahagi dua Masjid Al Aqsa untuk Yahudi dan umat Islam. Juga usaha untuk memantapkan penguasaan Israel ke atas Al Aqsa agar pengakuan akan kewujudan Yahudi bebas mengadakan acara ritual keagamaan mereka di Masjid suci tersebut tercapai.
Islamonline telah melaporkan kronologi dari kalangan saksi mata tentang kejadian yang amat menyedihkan ini.
Saksi 1: Menurut Hatem Abdul Qadir, mantan Menteri Urusan Al Quds (Jerussalem):
  • Usai solat subuh, para jamaah solat subuh seperti biasa melakukan penjagaan di sekeliling masjid Al Aqsa bagi menghadapi sebarang  kemungkinan kehadiran orang-orang Yahudi ekstrim memasuki wilayah masjid. Hingga terbit sinar matahari memantulkan cahaya yang indah di Qubbatu Ash Shakhra yang kuning seperti emas. Menandakan hari baru mulai tiba. Tanpa disangka, Masjid Al Aqsa yang berkubah hijau sedang menghadapi konspirasi musuh-musuhnya..
  • Menjelang pukul lapan pagi. Para jamaah yang menjaga masjid mulai melakukan penutupan pintu sekitar Masjid satu demi satu lalu mereka berkumpul di dalam ruangan masjid yang tertutup. Tujuannya adalah agar tidak ada musuh-musuh dari luar masjid tidak mengetahui apa yang terjadi di dalam masjid.
  • Tiba-tiba saja, teriakan takbir dan tahlil menggema di sekitar masjid. Menyusul sejumlah detetan tembakan senjata terdengar disusuli tembakan gas pemedih mata ke arah masjid. Para pemuda yang menjaga masjid serta merta keluar dari ruangan masjid, sebahagian ada yang tidak berbaju, menghadapi kemungkinan apapun di hadapan masjid. Di sana mereka ternyata telah ditunggu oleh puluhan polis Yahudi Israel yang siap menyerang dan menguasai masjid. Pertempuran tidak dapat dihindarkan. Tembakan senapang dan gas pemedih mata oleh polis Israel, mereka berhadapan dengan batu-batu dari para penjaga masjid Al Aqsa.
  • Sejumlah orang tercedera akibat tembakan peluru dan gas pemedih mata. Puluhan orang lainnya ditangkap oleh polis Israel. Polis Israel tetap melanjutkan usaha untuk menyerang umat Islam yang menjaga masjid. Mereka terus menyerang dan akhirnya kaum Muslimin terdesak hingga ke dalam ruangan Masjid Al Aqsa. Mereka lalu menutup pintu utama masjid yang dibuat dari besi. Kaum Muslimin lalu berdo’a dan menyerukan kewaspadaan serta permintaan bantuan melalui alat pembesar suara yang berkumandang lewat menara masjid.
  • Tahlil dan takbir kembali bergema menggetarkan Masjid Al Aqsa pagi itu. Polis Israel masih terus melakukan serangan dengan membawa beberapa tangga yang sudah disiapkan untuk menaiki sejumlah atap sisi masjid. Mereka juga memutuskan aliran elektrik dan menyerang melalui ruangan tempat azan.
  • Kemarahan umat Islam di dalam masjid sukar lagi dibendung atas kekejian Yahudi Israel terhadap masjid mereka. Mereka bersama-sama akhirnya kembali membuka pintu masjid menuju keluar untuk melakukan pertembungan terbuka, walau apapun risikonya.
Saksi 2: Yusuf Al Baaz, salah satu tokoh pimpinan Harakah Islamiyah Palestina yang turut berada di lokasi kejadian menceritakan:
  • Pintu gerbang Al Maghariba, merupakan pintu utama yang biasa digunakan orang-orang Zionis Israel menyelinapkan komuniti Yahudi ekstrim ke dalam lokasi Masjid Al Aqsa. Mereka juga kerap melepaskan para pelancong ekstrim Yahudi masuk melalui pintu tersebut. Dan melalui pintu inilah, pada pagi hari ini (Ahad, 25 Okt), mereka masuk dan melakukan serangan paling keji terhadap Masjid Al Aqsa. Boleh jadi, pilihan pintu gerbang Al Maghariba sebagai pintu untuk masuk ke Masjid Al Aqsa, kerana pintu gerbang itu berdekatan dengan lokasi Tembok Ratapan yang dikuasai penuh oleh Yahudi orthodok.
  • Ketika umat Islam di dalam masjid mengetahui adanya serangan terhadap Masjid, maka merekapun keluar dan sebahagian tidak sempat berbaju untuk menyongsong serangan itu.
  • Pertempuran tidak hanya terjadi antara polis dengan pemuda penjaga Masjid Al Aqsa, tetapi juga terhadap kaum wanita yang lanjut usia yang kebetulan berada di kawasan masjid, dan juga terhadap tokoh agama Islam Al Aqsa yang memang ada di lokasi tersebut.
  • Sementara itu, polis Israel yang datang terus bertambah hingga jumlahnya lebih dari 100 orang. Sebahagian mereka menunggu berhampiran pintu utama, dan sebahagian lainnya menyerang dengan membawa cota, tongkat, senjata berisi peluru dan gas pemedih mata.
  • Serangan ini tidak membuat gentar para pemuda yang menjaga masjid. Mereka lalu mengumandangkan takbir dan kalimat ”laa ilaaha illallah: melalui alat pembesar suara masjid sekaligus meminta bantuan. Tidak lama setelah itu, polis Israel menyerang ruangan azan dan memutuskan aliran elektrik, sehingga alat pembesar suara tidak berfungsi.
  • Serangan terus terjadi hingga mendorong para pemuda keluar dari masjid dan melakukan perlawanan terhadap ratusan polis Israel.
(mln/islamonline)

Insiden Tegang di Masjid Al Aqsa

October 26, 2009
Insiden Cemas25 Okt, BAITULMAQDIS – Pasukan keselamatan Israel menyerbu kawasan di perkarangan Masjid Al-Aqsa semalam dengan melepaskan tembakan pegun bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah mereka.
Walaupun tidak terdapat kecederaan yang serius, ia merupakan salah satu insiden yang paling tegang di sekitar perkarangan Masjid Al-Aqsa di sini.
Sebelum ini beberapa pemimpin Islam mendesak supaya penduduk berhimpun di laman Masjid Al-Aqsa awal semalam bagi menunjukkan bantahan berhubung tindakan rejim Zionis yang dianggap sebagai penaklukan Yahudi.
Namun, polis Israel menyatakan sejumlah penunjuk perasaan membaling bola api dan mencurahkan minyak supaya anggota-anggota pasukan keselamatan tergelincir semasa mengejar mereka.
Kehadiran sekumpulan besar anggota pencegah rusuhan menyebabkan ramai penunjuk perasaan berlari untuk berlindung di masjid.
Pasukan keselamatan Israel tidak memasuki masjid itu tetapi penunjuk perasaan itu melemparkan pelbagai objek ke arah mereka.
Sebanyak tiga anggota polis cedera manakala 15 penunjuk perasaan ditangkap.
SEJUMLAH lelaki Palestin bergelut dengan anggota-anggota polis Israel dekat perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis semalam.
Menurut jurucakap Israel, Micky Rosenfeld, antara yang ditangkap itu ialah seorang penasihat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Pasukan perubatan Palestin mendakwa pihak berkuasa Israel cuba menghalang ambulans tiba di tempat kejadian.
Dua penunjuk perasaan dilihat mengalami kecederaan termasuk seorang lelaki tua yang ditembak di bahagian kaki dengan peluru getah.
Ratusan penunjuk perasaan turut berlindung di dalam masjid itu.
Ketua Polis Israel, Dudu Cohen mendakwa sekumpulan kecil ekstremis Islam cuba untuk mencetuskan keganasan.
“Polis akan bertindak dengan keras terhadap sesiapa yang cuba untuk menjejaskan ketenteraman di kawasan itu dan melakukan hasutan bagi tujuan rusuhan,” katanya.
- AP

Kenali Masjidil Aqsa (2)

October 25, 2009
Seawal 20 Ogos 1929 lagi, sekumpulan Yahudi ekstremis dari kumpulan Kachaneh (Kach) telah menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa untuk menguasai tembok Buraq untuk ditukarkan menjadi “Kotet” (tembok meratap). Nasib baiklah kaum Muslimin yang pada waktu itu masih merupakan penduduk majoriti kota tersebut berjaya mematahkan tindakan tersebut dan sekali gus Berjaya mempertahankan masjid tersebut. Walau bagaimanapun harga yang terpaksa dibayar amat mahal. Pengganas Yahudi Kach yang dibantu oleh tentera British dari segi persenjataannya telah membunuh lebih kurang 338 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari. Kegagalan percubaan pertama itu tidak berakhir begitu sahaja. Selepas penubuhan negara Israel dengan restu League of Nations pada 14 Mei 1948, Zionis membuat persiapan yang lebih rapi untuk menawan kota tersebut.


Mufti Al-Aqsa, Sheikh Ikarama Sabri baru-baru ini mendedahkan bahawa masjid yang dimuliakan Allah s.w.t, Masjid Al- Aqsa di Baitulmaqdis mengalami kesan retak yang serius akibat kegiatan mengorek lubang di bawahnya oleh kumpulan Yahudi. Ikarama dipetik sebagai berkata oleh televisyen Al-Jazeera, keretakan paling jelas kelihatan pada tembok penanda garisan sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak diceroboh rejim Zionis. `Kesan keretakan besar dapat dilihat pada tembok terbabit kerana kerja-kerja mengorek dilakukan rejim Yahudi bertambah agresif sejak tahun 1967,” (iaitu setelah kekalahan negara-negara Arab kepada negara rejim Zionis pada peperangan Jun 1967 atau dikenali sebagai perang Enam Hari telah membuka ruang baru bagi rejim tersebut) kata mufti itu.


Menurut ramai dari kalangan kaum Yahudi, peperangan tersebut merupakan mukjizat bagi kaum Yahudi dan menunjukkan bahawa tuhan Yahweh sentiasa membantu mereka untuk membina kembali Haykal. Natijah daripada peperangan tersebut, tentera-tentera Zionis telah menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan seterusnya menawan tembok Buraq dan ditukar menjadi Kotel. Semenjak tarikh tersebut sehingga kini tembok tersebut telah menjadi milik rejim Zionis, Masjid al-Aqsa terletak di bawah kekuasaan mereka dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Yang lebih penting lagi, kota al-Quds selepas peristiwa tersebut telah mula mengalami proses pengYahudian.


Selepas sahaja Yahudi menduduki Quds Timur, mereka bertindak memusnahkan kawasan di sebelah barat yang bertentangan dengan tembok Masjid Al-Aqsa (Tembok Buraq atau Yahudi memanggilnya sebagai Tembok Ratapan). Ia merupakan satu kawasan yang mengandungi 135 buah rumah dan dua masjid. Mereka meratakan tanah di situ supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan Yahudi untuk melakukan ibadat sekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam. Yahudi mula berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya.


“Mereka menumpukan kawasan di sebelah barat dan selatan masjid untuk mencari sebarang bukti menyokong kewujudan Haykal. Tetapi sebaliknya mereka mendapati kesan peninggalan Islam yang jelas membuktikan kewujudan identiti Islam di situ. Mereka musnahkan bukti menyokong Islam tetapi meneruskan kerja-kerja keji itu.”

Bersambung….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...