Monday, November 8, 2010

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? (Bahagian 2)

Bahagian kedua: Apa ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam?


Saya mestilah hidup untuk Islam

Terdapat 3 golongan manusia:

1. manusia yang hidup untuk dunia (komunis dan yang sewaktu dengannya)

2. golongan yang sesat antara dunia dan akhirat (golongan ramai0

3. manusia yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat (mukmin sebenar)


Bagaimana cara saya hidup untuk Islam?

1. Saya tahu matlamat hidup- iaitu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan

2. Saya faham nilai dunia- tak sampai sebelah sayap nyamuk dan lebih hina daripada bangkai anak kambing

3. Saya yakin dengan maut

4. Saya mesti berusaha atas ilmu-ilmu agama

5. Saya faham hakikat jahilliyah- supaya mudah menghindarinya


Sifat-sifat orang yang hidup untuk Islam

1. Praktikkan islam, bukan sekadar cakap dan berangan-angan

2. Mencari penyelesaian yang teliti sesuatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam

3. berbangga dengan Allah

4. bekerjasama dengan jemaah Islam


Gerakan Islam, tanggungjawab, ciri-ciri dan persediaan

Tanggungjawab gerakan Islam

1. berusaha menjadikan semua manusia sebagai abdi kepada Tuhan

2. hapuskan penjajahan dan saki-bakinya ( dari segi pemikiran dan falsafah)

3. hapuskan saki-baki bidaah dan khurafat

4. yakin bahawa Islam itu dan hukumnya bersifat syumul

5. yakin akan kaedah asas Islam iaitu mengesakan Allah

6. Yakin bahawa Islam sajalah sumber kekuatan asasi kebangkitan umat

7. menganggap kufur segala sikap memperjuangkan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan lain-lain system buatan manusia

8. tegak menghadapi arus taghut (tamadun kebendaan, kemajuan hawa nafsu & kemewahan)

9. berusaha mewujudkan sistem-sistem berikut dalam kehidupan umat Islam:

a. sistem pertahanan dalam negeri

b. sistem hubungan antarabangsa

c. sistem kehakiman yang amali

d. sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat menggerakkan rakyat

e. sistem ekonomi yang dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan, harta, kerajaan dan individu

f. sistem pelajaran dan kebudayaan yang menghapuskan kejahilan (bukan kebodohan)

g. sistem keluarga dan rumahtangga yang membina

h. sistem yang mengatur cara hidup individu

i. menghidupkan roh-roh dan semnagat yang dapat mengusai semua peringkat masyarakat



j) membina individu, rumahtangga, bangsa dan kerajaan Islam

Ciri-ciri prinsip gerakan Islam

1. Gerakan Rabbani- segala-galanya bersumberkan Islam dan Al Quran. Golongan atasan terlebih dahulu tunduk kepada syariat sebelum golongan bawah

2. gerakan yang tersendiri- bukan hidup dengan idea yang diimport

3. gerakan yang membawa kemajuan- gerakan Islamlah yang paling mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia berbanding gerakan lain

4. gerakan yang syumul- tidak terbatas untuk membaiki satu-satu bahagian sahaja

5. menjauhi perselisihan dalam masalah fekah- mesti faham bahawa perselisihan memang tidak dapat dielakkan

Ciri-ciri harakah gerakan Islam

1. Jauhi daripada dipengaruhi pemerintah dan ahli politik- supaya tidak digunakan

2. bertolak ansur kerana perjuangannya panjang. Ada 3 peringkat:

a. taarif- sebarkan

b. takwin- pilih mereka yang layak

c. tanfiz- perlaksanaan

3. Utamakan amal dan banyakkan penghasilan daripada propaganda dan penerangan

4. Siasah Panjang Nafas- tidak patah di tengah jalan dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai hasil sebelum masanya

5. seru Islam secara lantang tetapi menjaga hal-hal kerahsiaan

6. Uzlah nafsiah, bukan jasadiah- uzlah dalaman diri, bukannya mengasingkan diri

7. Faham bahawa matlamat tidak menghalalkan cara

Persediaan gerakan Islam

Seperti orang-orang terdahulu, kita hendaklah beriman kepada:

a. Allah, pertolongan dan bantuan-Nya

b. Manhaj (method) Ilahi, keistimewaan dan kesesuaiannya

c. Persaudaraan, hak-hak persaudaraan dan kesuciannya

d. Lumayannya balasan Allah

e. Yakin bahawa kita adalah pilihan Tuhan untuk memperjuangkan agamanya

Saya mestilah mengetahui cara-cara beramal dengan Islam dan kenapa mesti dalam gerakan Islam.
1. kena tahu mengapa saya menganggotai gerakan Islam- secara kebetulan atau hasil kajian & penelitian?

2. tahu cara-cara bergerak dalam gerakan Islam

3. Tahu dan faham bahawa gerakan islamlah yang terbaik

Pelbagai trend gerakan Islam:
1. gerakan yang bersifat kerohanian

2. bersifat kebudayaan dan ilmu

3. bersifat amal kebajikan

4. bersifat siasah

Saya mestilah mengetahui sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam

Penggabungan akidah

- jangan bergabung secara melulu atas semangat saja tetapi hendaklah atas dasar kefahaman

Penggabungan masa depan

Masa depan saya adalah bergabung dengan masa depan gerakan

Cubaan-cubaan terhadap pejuang:
1. terdedah kepada pelbagai bentuk godaan, pujukan seperti harta, pangkat, kedudukan dll

2. terdedah kepada ugutan, tekanan, siksaan dll

Saya mestilah mengetahui pemusatan amal Islam

Posisi yang dapat menjamin kejayaan Islam:

1. matlamat yang jelas

2. jalan yang terang

3. dan beriltizam dengan kedua-duanya

Petunjuk-petunjuk di sepanjang jalan yang diikuti Nabi:

1. pengisytiharan ubudian kepada Allah

2. mewujudkan satu kelompok bergerak yang diikat dengan aqidah dan keimanan kepada Allah

3. menentang jahilliyah habis-habisan

Saya mestilah mematuhi syarat-syarat anggota & bai’ah

-Berusaha menambah bilangan ahli dalam jemaah tetapi mementingkan kualiti

Rukun bai’ah:

1. Faham

2. Ikhlas

3. Amal

4. Jihad

5. Korban

6. Taat

7. Tetap pendirian

8. Tajarrud- ikhlas terhadap fikrah yang didokong

9. Persaudaraan

10. Thiqah

Kewajipan Al-Alk Muslim:

1. Tilawah Al Quran sebulan sekali khatam (tidak lebih satu bulan dan tidak kurang 3 hari)

2. Mendalami ilmu Al Quran- sekurang-kurangnya baca buku ‘Humatul Islam’ dan hafaz 40 hadith Imam Nawawi

3. Jaga kesihatan

4. Jangan lebih minum the, kopi dan lain-lain yang merangsang dan jangan merokok

5. Jaga kebersihan dalam semua perkara

6. Jangan berdusta

7. Tunaikan janji

8. Berani & luas pandangan

9. Serius pada tempat-tempat yang perlu serius

10. malu dan sensitive dengan persekitaran

11. Adil

12. Khidmat kerana Allah

13. Pemaaf

14. Berdakwah melalui media

15. Melakukan kerja-kerja iktisad walaupun hasilnya sedikit tanpa mengira darjat dan kekayaan kita

16. Tidak utamakan jawatan kerajaan

17. Kemaskan usaha

18. Tahu menjaga hak-hak orang lain

19. Jauhi perjuadian dan sumber haram

20. Jauhi riba

21. Beli barangan keluaran Islam

22. Keluarkan zakat

23. Simpan sedikit pendapatan untuk kecemasan

24. Gantikan budaya asing dengan budaya Islam dalam kehidupan

25. Pulaukan mahkamah yang tidak Islamik. Pulaukan media, perhimpunan, kumpulan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah islam

26. Selalu ingatkan Allah dan Hari Akhirat

27. Sentiasa dalam keadaan suci (berwuduk)

28. Utamakan solat berjemaah

29. Tunaikan puasa dan haji

30. Sentiasa pasang niat untuk berjihad, mati syahid dan membuat persediaan untuknya setakat kemampuan

31. Selalu beristighfar, jauhi dosa-dosa kecil dan perkara-perkara syubhat. Juga selalu muhasabah diri

32. kawal nafsu

33. Jauhi arak, dadah dan lain-lain

34. Jauhi rakan-rakan yang rosak dan tempat-tempat maksiat

35. Perangi tempat-tempat hiburan

36. Kenali anggota-anggota ikhwan serapat yang boleh

37. Putuskan hubungan dengan mana-mana pertubuhan dan perhimpunan yang tiada kaitan terutamanya apabila diarahkan berbuat demikian

38. Berdakwah di mana sahaja

Kewajipan dan tanggungjawab ukhuwwah:

1. Persaudaraan mestilah dapat membawa kepada Allah

2. Persaudaraan perlukan kerjasama dan persefahaman

3. Persaudaraan hendaklah ada kerjasama di bidang kebendeaan iaitu mereka yang ada membantu mereka yang tiada

4. Persaudaraan merupakan tanggungjawab (tunaikan hak-hak saudara)

5. Persaudaraan dalam Islam itu mesra (indah)

6. Persaudaraan juga adalah keghairahan dan kesetiaan

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? (Bahagian 1)

Ringkasan buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM oleh Fathi Yakan

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian:

1) Sifat-sifat yang mesti ada pada setiap Muslim

2) Kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri dalam harakah Islamiah




Bahagian pertama: Sifat- sifat yang mesti ada pada setiap Muslim

Saya mestilah:

þ Muslim dari segi aqidah

þ Muslim dari segi ibadah

þ Muslim dari segi akhlak

þ Muslim dari segi keluarga

þ Dapat menguasai diri saya

þ Yakin masa depan Islam yang gemilang


Muslim dari segi aqidah

Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim, saya mestilah:

1) Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam ini

2) Yakin bahawa alam ini diciptakan dengan tujuan tertentu

3) Yakin dengan para Rasul

4) Yakin bahawa matlamat hidup manusia dalamkehidupan di dunia ini ialah untuk mengenal Allah, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya

5) Yakin dengan syurga dan neraka

6) Yakin bahawa setiap yang baik dan buruk itu berlaku atas kehendak Allah

7) Yakin bahawa syariat dan undang-undang Allah adalah mutlak- tidak boleh dipertikai

8) Ambil tahu Asma ul Husna

9) Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah

10) Ambil tahu ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah

11) Yakin bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti

12) Mengabdikan diri hanya kepada Allah

13) Takut semata-mata kepada Allah

14) Sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dalam keadaan diam ataupun bersuara

15) Mencintai Allah

16) Bertawakkal dalam segala perkara

17) Bersyukur

18) Selalu bertaubat

19) Sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah


Muslim dari segi ibadah

Untuk menjadikan saya seorang Muslim dalam seluruh peribadatan, saya mestilah:

1) Ihsan dalam beribadah

2) Khusyuk & serius dalam beribadah

3) Menghadirkan diri dan hati di hadapan Allah ketika beribadat

4) Berlumba-lumba dalam beribadah

5) Usaha atas qiamullail

6) Usaha atas tilawah Al Quran (terutamanya pada waktu fajar)

7) Amalkan doa dalam setiap pekerjaan


Muslim dari segi akhlak

Saya mestilah:

1) Jauhi perkara haram dan tinggalkan perkara syubhat

2) Memelihara mata

3) Memelihara lidah

4) Malu

5) Lemah-lembut & sabar

6) Jujur

7) Tawaduk

8) Bersangka baik

9) Pemurah

10) Menjadi kudwah hasanah bagi orang lain di mana segala tindak-tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip-prinsip Islam (apabila terpandang dirinya, mendengar percakapannya dan melihat gerak-gerinya, kita akan terus teringatkan Allah dan Islam)


Muslim dari segi keluarga

Tanggungjawab sebelum berkeluarga:

1) Perkahwinan saya mestilah kerana Allah

2) perkhawinan saya bertujuan menjaga dir dan menjaga hubungan dengan Allah

3) saya mestilah bijak memilih isteri (dan isteri-isteri)

4) saya mestilah pilih isteri yang beragama

5) saya mestilah tidak menyanggah mana-mana perkara di atas


Tanggungjawab sesudah berumahtangga:

1) baik dan mesra terhadap isteri

2) jalin hubungan dalam segala hal untuk dilakukan bersama-sama, tidak terbatas kepada hubungan syahwat sahaja

3) jaga hubungan supaya mengikut batas-batas syarak (jangan queen-control)


Tanggungjawab bersama mendidik anak:

1) anasir pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiah Islamiah kepada anak-anak ialah dengan melaksanakan perkahwinan mengikut adab-adab perkahwinan yang ditunjukkan Islam. (Anak-anak yang bermasalah biasanya lahir daripada perkahwinan yang tidak mengikut adab-adab Islam seperti tujuan perkahwinan, cara perkahwinan, majlis perkahwinan dan sebagainya)


Saya mestilah dapat menguasai diri

3 golongan manusia dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1) manusia yang ditewaskan oleh hawa nafsu. Dia tunduk kepada dunia dan kekal dengan keduniaan

2) manusia yang berusaha lawan nafsu. Ada kala menang dan ada kala tewas

3) manusia yang maksum- para Rasul & nabi


Sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa:

þ Hati

þ Akal


Tanda-tanda jiwa yang tewas

þ Dia mudah melakukan kejahatan

þ Dia dikuasai penyakit was-was


Kubu pertahanan daripada godaan syaitan

1) Redha dengan apa yang dapat

2) Selalu ingatkan mati

3) Yakin bahawa segala kenikmatan adalah sementara

4) Selalu bersyukur dan takut akan balasan Tuhan

5) Ambil tahu apa dia hak-hak orang lain

6) Qanaah

7) Ikhlas

8) Yakin bahawa segala yang dimiliki tidak kekal

9) Tawaduk

10) Tidak mengharapkan manusia

Tambahan:

1. menjaga makan dan minum

2. selalu tilawah, zikir dan istighfar

3. tenang dalam segala urusan


Saya mestilah yakin masa depan Islam yang gemilang

Saya mesti yakin bahawa segala manhaj ciptaan manusia (seperti segala bentuk isme) sebenarnya memiliki pelbagai kelemahan.


Sunday, November 7, 2010

Kisah Pertemuan & Perbualan Rasulullah Bersama Iblis Laknatullah


w0070 Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.

Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah.

Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

w0156 Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.

Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis - "Sekalian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama.

Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati.

Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia.

Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.

Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

w0128 Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain.

Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam.

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah.

Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"


Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf didalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'.

Saturday, November 6, 2010

Kenali RASULULLAH S.A.W

BIODATA RASULULLAH SAW

* Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

* Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota makkah)

* Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

* Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim

* Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf

* Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

* Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

* Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.

· Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUNKewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

- Khadijah Binti Khuwailid- Saudah Binti Zam ‘ ah- ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)- Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)- Zainab Binti Jahsy- Maimunah Binti Harith- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra ‘

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza

3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza

4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al- ‘ Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)8. Abdul Ka ‘ bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. ‘ Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.

## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas RA)

Thursday, November 4, 2010

Cinta Sejati Seorang Ibu Terhadap Anak-anaknya

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."

Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.

Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.

Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,

"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."

Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."

Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,

"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,

"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."

Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"

Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

5 Syarat Jika Mahu Berbuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku

nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu

mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu

melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah

syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada

Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening

seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi

ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah

memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu

berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di

bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim

kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak

memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar

segala larangan-Nya?"


"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang

ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah

tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali

terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana

mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,

apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki

itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,

katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat

dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan

segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi

permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda

dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari

dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah

kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari

kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba

Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...