Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku
nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu
mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah
syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada
Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi
ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu
berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak
memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar
segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang
ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah
tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali
terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana
mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki
itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat
dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan
segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda
dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah
kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari
kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba
Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
No comments:
Post a Comment