perbualan antara seorang guru falsafah
dan pelajarnya…
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..?
Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas
didepan sana. Berjalanlah kamu dan
jangan sesekali kamu berundur. Kemudian
ambillah satu ranting. sekiranya kamu
mendapati ranting tersebut sangat
menakjubkan, ertinya kamu telah menemui
cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak
berapa lama dia kembali dengan tangan
yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak
membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa
memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur
kebelakang semula. sebenarnya saya telah
berjumpa dengan satu ranting yang paling
menakjubkan tapi saya tak tahu apakah
yang akan menakjubkan di hadapan sana
nanti, maka saya biarkan ranting itu
lalu saya dapati tidak ada lagi ranting
yang paling menakjubkan selain daripada
yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak
mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…
Di hari lainnya pula pelajar tersebut
bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan…?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana.
berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu
sesekali mengundur kebelakang. tebanglah
sepohon pokok saja. dan tebanglah jika
kamu merasakan bahawa pohon tersebut
adalah yang paling cantik,segar dan
tinggi, kerana kamu telah menemukan apa
itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak
berapa lama, dia datang semula dengan
membawa sepohon kayu, walaupun pohon
tersebut tidaklah berapa segar, cantik
dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu
memotong pohon seperti ini….?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan
pengalaman ku sebelum ini, aku hanya
berjalan separuh daripada hutan tersebut
dan aku takut akan kembali dengan tangan
kosong. jadi saya mengambil kesempatan
menebang pohon ini lalu dibawa kesini.
pada pandangan saya ianya adalah pohon
yang terbaik buat saya. saya tidak mahu
kehilangannya atau menyesal kerana tidak
memilihnya…
Maka guru itu menjawab: Itulah
perkahwinan…….
TAMAT
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih
cinta, ditakuti anda akan terlepasnya,
dan janganlah terlalu memilih jodoh,
terimalah pasangan anda dengan seadanya.
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia
ini. Setiap insan pasti ada kelebihan
dan kekurangannya.
No comments:
Post a Comment