Wednesday, April 13, 2011

Keyakinan dan Kejayaan

Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Bersungguh-Sungguh

Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.

4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:

Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.

Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati. " Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)

Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.

Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah.

Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia dan membuat amal dan kerja dengan keihklasan di hati demi Allah.

Berdoa juga perlu bersungguh-sungguh

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: "Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala Maha Mendengar dan mengabulkan)".

Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.

RENUNG-RENUNGKAN..DAN SELAMAT BERAMAL.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...