Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, bererti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; Pemuda yang tidak mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; Pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka; tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.
Tulisan dari Al marhum Dr Fathi Yakan
Antara tazkirah yang sangat berharga dari Imam Syahid Hasan Al-Banna untuk kita renungi sebelum beliau syahid :
Wahai Ikhwan (saudara-saudara)! Berimanlah dengan Allah. Kuatkanlah dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah suruhanNya dan jauhilah laranganNya. Bersikaplah dengan perangai yang baik. Jadikan kamu orang-orang kuat dengan akhlak mulia, dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang Mu’min, dan dari sifat mulia sebagai orang-orang yang bertaqwa dan yang Soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari al-Quran dan betul-betul mengkaji serta mengulangi sirah Nabawiyyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan yang banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila dapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana mereka banyak bertengkar dan berbalah.
Kamu hendaklah saling menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan sebagai tiang kepada kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq di antara kamu dan kaum dan Allah adalah pembuka. Dengar dan ta’atilah pimpinan kamu sama ada dalam kesusahan atau dalam kesenangan, sama ada kamu sukai atau yang dipaksa kerana ia adalah panduan kepada pemikiran kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap mejelang datang, usah diragu-ragukan:
“Pada hari itu bergembiralah mereka yang beriman dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah amat gagah dan amat penyayang.”
(Al-Rum:4-5)
Muslimah – Mustafa Masyhur
Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad. Saudari pula memainkan peranan yang penting di dalam bidang jihad. Peranan saudari bermula dari rumahtangga, iaitu dengan mentarbiyyahkan(mendidik) generasi-generasi, membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad. Wanitalah yang memproses lelaki. Bagi wanita-wanita muslimat, mereka mengajar anak-anak mereka tentang peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka satu Surah dari al-Quran.
Begitu juga, seorang al-ukhtul. Muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya. Ia menggesa suaminya supaya berjihad, bukannya menjadi fitnah kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya. Ia juga selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad. Pada masa dahulu seorang seorang wanita muslimah itu memainkan peranan di medan jihad. Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunuskan senjata. Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.
No comments:
Post a Comment